Serangan India Hanya Sebabkan “Kerosakan Kecil” Sebuah C-130 Hercules Pakistan – Majalah Pertahanan UK
Kenyataan oleh majalah pertahanan terkenal antarabangsa itu sekaligus menafikan dakwaan Tentera Udara India yang menyatakan serangan peluru berpandunya terhadap pelbagai pangkalan udara Pakistan telah berjaya memusnahkan beberapa aset berharga milik Tentera Udara Pakistan termasuk pesawat pejuang, dron dan pesawat amaran awal.
(DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebuah majalah pertahanan antarabangsa terkenal berpangkalan di United Kingdom, Air Forces Monthly menyatakan bahawa sepanjang Operasi Sindoor dilaksanakan oleh Tentera Udara India, ia hanya berjaya menyebabkan kerosakan kecil sebuah pesawat pengangkut C-130 Hercules milik Tentera Udara Pakistan.
Kenyataan oleh majalah pertahanan terkenal antarabangsa itu sekaligus menafikan dakwaan Tentera Udara India yang menyatakan serangan peluru berpandunya terhadap pelbagai pangkalan udara Pakistan telah berjaya memusnahkan beberapa aset berharga milik Tentera Udara Pakistan termasuk pesawat pejuang, dron dan pesawat amaran awal.
Sebuah pesawat pengangkut C-130 Hercules Tentera Udara Pakistan yang musnah itu beroperasi di 6th Air Transport Squadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Nur Khan di Rawalpindi.
Laporan oleh majalah pertahanan antarabangsa itu adalah selari dengan laporan oleh tentera Pakistan yang menyatakan bahawa ia mengalami kerugian yang minimal daripada serangan oleh tentera Pakistan itu.
Sebaliknya Pakistan mendakwa bahawa ia berjaya memusnahkan enam buah pesawat pejuang Tentera Udara India termasuk tiga buah pesawat pejuang Rafale, Sukhoi Su-30MKI.
Pihak berkuasa Pakistan dalam satu kenyataan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kerugian yang dialami akibat serangan udara bersepadu oleh Tentera Udara India ke atas beberapa fasiliti strategik milik Tentera Udara Pakistan.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Inter Services Public Relations (ISPR), pihak tentera Pakistan mengesahkan bahawa 13 anggota tenteranya terkorban dalam serangan tersebut, termasuk lima di Pangkalan Udara Bholari, satu di Mushaf, manakala enam lagi terlibat dalam siri pertempuran udara sepanjang operasi yang berlangsung selama empat hari itu.
Lebih mengejutkan, ISPR turut mendedahkan bahawa serangan udara India turut mengorbankan 40 orang awam, dipercayai berada berhampiran pangkalan udara dan kemudahan awam yang menjadi sasaran utama peluru berpandu berpandu India.
Dalam laporan kerosakan aset ketenteraan, Pakistan bagaimanapun menegaskan bahawa mereka tidak kehilangan sebarang pesawat tempur atau pesawat pengawasan strategik seperti AEW&C atau ECM, walaupun beberapa sumber risikan antarabangsa dan media India mendakwa sebaliknya.
Satu-satunya pesawat yang dikaitkan dengan kerosakan adalah pesawat pengangkut taktikal C‑130 Hercules, yang menurut ISPR hanya mengalami kerosakan ringan dan masih boleh dibaiki.
Walaupun Pakistan tidak mengakui kehilangan pesawat tempurnya, laporan rasmi itu mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya enam pangkalan udara strategik telah mengalami kerosakan fizikal yang serius, termasuk hangar pesawat, landasan, menara kawalan, dan pusat kawalan operasi bergerak.
Antara pangkalan udara yang paling teruk terjejas termasuk Pangkalan Udara Bholari, Mushaf, dan Nur Khan, yang semuanya memainkan peranan penting dalam operasi udara Pakistan, termasuk pelancaran misi tempur dan pengawasan ruang udara di sektor timur.
Kerosakan terhadap infrastruktur ini secara tidak langsung dijangka akan menjejaskan keberkesanan dan kelangsungan operasi PAF dalam jangka masa pendek, khususnya dari aspek logistik, penempatan semula pesawat, dan kawalan udara.

Pakar ketenteraan serantau menjangkakan bahawa Pakistan mungkin terpaksa bergantung kepada pangkalan udara sekunder atau mengatur pemulihan pantas melalui sokongan negara sekutu seperti China atau Turki untuk membina semula fasiliti yang terjejas.
Pihak tentera India dan media-medianya sebelum ini mendakwa pesawat-pesawat pejuang seperti Rafale dan Sukhoi Su-30MKI telah melancarkan serangan peluru berpandu BrahMos dan juga SCALP-EG untuk membedil 11 buah daripada 13 pangkalan-pangkalan udara milik Tentera Udara Pakistan.
Pangkalan-pangkalan udara Pakistan yang dibedil dalam serangan peluru berpandu Tentera Udara Pakistan itu termasuklah Sargodha, Kamra, Murid, Bholari dan lain-lain.
Media-media India yang memetik sumber pegawai tentera negara itu dan disokong oleh imej-imej satelit mendaka bahawa serangan peluru berpandu oleh pesawat-pesawat pejuang India itu mensasarkan infrastruktur penting pangkalan udara itu termasuk, hangar dan landasan sebagai contohnya di Pangkalan Udara Bholari.
Serangan terhadap Pangkalan Udara Bholari itu didakw telah memusnahkan beberapa pesawat milik Tentera Udara Pakistan termasuk sebuah pesawat amaran awal dan kawalan (AEWC) Saab Erieye dan sekurang-kurangnya tiga buah pesawat pejuang F-16.
Selain itu terdapat juga laporan media India menyatakan bahawa Tentera Udara Pakistan dalam konflik dengan India itu juga menyaksikan pesawat-pesawat pejuang Mirage, JF-17 Thunder, F-16 dan sebuah Saab Erieye dimusnahkan oleh bedilan India.
Media India juga mendakwa sebuah lagi pesawat Saab Erieye milik Tentera Udara Pakistan berjaya ditembak jatuh di Dinga oleh sistem pertahanan udara S-400 India.

Terdapat juga dakwaan menyatakan bahawa serangan peluru berpandu oleh India di Pangkalan Udara Bholari turut mengorbankan 52 anggota tentera Pakistan.
Menurut media-media India, serangan peluru berpamdunya telah berjaya memusnahkan sekurang-kurangnya sembilan pesawat Tentera Udara Pakistan (PAF) dan lebih daripada 10 dron tempur sepanjang Operasi Sindoor yang dilancarkan dari 7 hingga 10 Mei 2025.
Menurut laporan eksklusif media utama India seperti Times of India, India Today dan The Economic Times, Tentera Udara India melancarkan operasi serangan udara bersepadu secara menyeluruh selama empat hari, sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu oleh Pakistan ke atas sasaran strategik India di Jammu dan Kashmir.
Antara aset paling signifikan milik PAF yang dimusnahkan adalah enam pesawat pejuang termasuk JF-17 Thunder, F-16, Mirage-V, dan J-7 yang ditempatkan di pangkalan udara utama seperti Chaklala, Mianwali dan Masroor.
Dalam satu kejadian yang tular, Kementerian Pertahanan India menyiarkan rakaman serpihan pesawat Mirage Pakistan yang ditembak jatuh dengan kapsyen: “The Pakistani Mirage… Shattered”, sekaligus menjadi simbol kejayaan taktikal Operasi Sindoor.
Selain itu, dua pesawat pengawasan dan peperangan elektronik (AEW&C/ECM) milik PAF turut berjaya dimusnahkan dalam serangan berketepatan tinggi menggunakan peluru berpandu berpandu dari jarak jauh.
Pemusnahan pesawat berkeupayaan tinggi ini memberi tamparan besar kepada keupayaan perisikan dan kawalan udara Pakistan, yang selama ini bergantung kepada sistem amaran awal udara dalam mempertahankan ruang udara strategik mereka.

Turut dimusnahkan adalah sebuah pesawat pengangkut taktikal C-130 Hercules yang dipercayai berpangkalan di Pangkalan Udara Nur Khan.
Bagi sistem tanpa pemandu pula, lebih daripada 10 dron tempur dan pengintip Pakistan telah berjaya ditembak jatuh oleh sistem pertahanan udara India, yang merangkumi radar berlapis dan senjata anti-dron generasi baharu.
Kementerian Pertahanan India turut mengesahkan bahawa beberapa peluru berpandu yang dilancarkan oleh Pakistan telah dipintas menggunakan sistem pertahanan udara jarak dekat dan sederhana seperti Akash, QRSAM dan SPYDER, menandakan keupayaan India kini jauh lebih bersedia untuk menangkis serangan peluru berpandu balistik dan jelajah.
Sementara India menegaskan bahawa hanya satu pesawat mereka terlibat dalam insiden kehilangan pada 7 Mei, Pakistan mendakwa telah menembak jatuh enam pesawat India—satu dakwaan yang belum dapat disahkan secara bebas oleh mana-mana pihak ketiga.
Penggunaan sistem peperangan elektronik oleh kedua-dua negara dipercayai menyukarkan penilaian pihak luar terhadap situasi sebenar di medan tempur.
Namun, yang jelas, kerugian sembilan pesawat berawak dan lebih sepuluh dron oleh Pakistan menunjukkan tahap kemusnahan yang ketara terhadap keupayaan udara mereka.
Kehilangan dua pesawat AEW&C juga boleh melumpuhkan keupayaan Pakistan untuk melakukan kawalan ruang udara secara efektif, dan ini dijangka akan mendorong Islamabad untuk mempercepatkan pembelian semula aset tersebut daripada sekutu seperti China atau Turki.
Pemerhati pertahanan menjangkakan bahawa Pakistan mungkin akan mempercepatkan proses memperkukuh armadanya dengan JF-17 Block III, J-10C, atau pesawat lain yang sedang dalam rundingan.
Pemusnahan sejumlah besar dron juga memperlihatkan kemampuan baharu India dalam menangani ancaman berasaskan RCS rendah, melalui penggunaan sistem anti-dron yang berasaskan gangguan isyarat, senjata tenaga terarah, dan radar 3D modular.
